Kehidupan awal Dylan O'Brien

O'Brien dilahirkan di Bandar Raya New York, anak lelaki Lisa (née Rhodes), bekas pelakon yang juga mengendalikan kelas lakonan, dan Patrick O'Brien, operator kamera.[2][3] Beliau dibesarkan di Springfield Township, New Jersey, sehingga usia dua belas tahun, ketika beliau dan keluarganya berpindah ke Hermosa Beach, California.[4][5][6] Bapanya berketurunan Ireland, dan ibunya berketurunan Itali, Inggeris dan Sepanyol.[7] Selepas tamat belajar di Sekolah Tinggi Mira Costa pada tahun 2009, beliau bekerja untuk New York Mets.[8] Pada usia 14 tahun, O'Brien mulai memuatnaik video ke saluran YouTube beliau. Penerbit dan pengarah mendekati beliau untuk melakukan pekerjaan untuk siri web semasa tahun seniornya di sekolah menengah.[3] Sewaktu terlibat dalam siri web, O'Brien bertemu dengan seorang pelakon yang menemukannya dengan seorang pengurus. Beliau berhasrat untuk melanjutkan pendidikan di Universiti Syracuse[9] di dalam bidang sukan, tetapi memutuskan untuk aktif dalam kerjaya lakonan.[10]

Rujukan

WikiPedia: Dylan O'Brien http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/St... http://www.bustle.com/articles/36528-who-is-dylan-... http://www.funnyordie.com/videos/fec6d23f5c/charli... http://www.imdb.com/name/nm3729721/ http://lionsgatepublicity.com/theatrical/deepwater... http://moviepilot.com/posts/2015/03/08/maze-runner... http://www.mtv.com/celebrity/dylan-obrien/#cast=te... http://people.com/movies/dylan-obrien-talks-long-r... http://www.popentertainment.com/dylanobrien.htm http://tbrnews.com/lifestyle/former-hermosa-beach-...